Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Jelas Rita, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, tindakan itu berlaku disebabkan pelakon baharu tidak memberikan fokus yang sewajarnya ketika di set lakonan.
“Saya pun pernah kena buli juga kat set penggambaran. Dicampak tapi bukan skrip la. Dicampak dengan kasih sayang.
“Kena campak skrip, tengking ke itu bukan buli. Mungkin banyak main telefon atau bertiktok atau tak hafal skrip.
“Selama tiga dekad saya jadi pelakon, tak pernah lagilah ada buli,” katanya menerusi satu di Instagram Story.
Aktres yang popular dengan filem Mami Jarum itu juga mengganggap pelakon baharu tidak mempraktikkan sikap profesional dalam kerjaya mereka.
Pada masa sama, Rita juga menyifatkan perbuatan buli perlu melibatkan fizikal seperti sentuhan.
“Kalau campak skrip itu bukan buli. Tekap seterika ke pukul baru boleh di label buli.
“Manja sungguh,” jelasnya.
Terdahulu, media ada melaporkan bahawa ada segelintir pelakon baharu mengakui diri mereka pernah dibuli di set penggambaran.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.