Penyanyi bersuara emas Misha Omar bakal mengubat kerinduan peminatnya menerusi ‘Misha Omar Back To Basic Showcase’ yang akan berlangsung pada 21 Disember ini di Odeum At JioSpace Petaling Jaya.
BERITA BERKAITAN:Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian
BERITA BERKAITAN:Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian
BERITA BERKAITAN:Misha Omar terkejut Azry adalah kelahiran semula Hafiz Suip | The Chosen One Musim Ke-2 | Konsert 3
Kali terakhir di Istana Budaya pada tiga tahun lalu, Misha berkata pemilihan panggung kecil itu disebabkan dia mahu lebih dekat dengan peminatnya.
Misha Omar Back To Basic Showcase ini juga menjadi rentetan untuk penyanyi berasal dari Kelantan itu bagi mengadakan konsert dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang.
“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam belantika muzik malah masih mampu kekal relevan, bohong jika saya katakan tidak punya mimpi mengadakan konsert besar-besaran.
“Mengapa Misha Omar Back To Basic Showcase berskala kecil bukan sebuah konsert mega adalah kerana saya suka untuk memulakan sesuatu dengan langkah kecil sebelum mencetak sejarah yang lebih besar.
“Misha Omar Back To Basic Showcase ini juga saya adakan khas buat peminat yang sentiasa bertanya mengenai bila saya akan menghiburkan mereka secara langsung.
“Ironi, saya sendiri seorang penyanyi yang juga tidak mementingkan soal sudah lama dalam industri maka perlu bikin konsert tapi lebih memilih melakukan kerja secara berperingkat.
“Mana tahu bermula dengan Misha Omar Back To Basic Showcase yang berskala kecil ini menjadi ‘pintu’ menuju konsert mega pada masa akan datang? Kita doa bersama,” ujar sederet tembang hit termasuk yang terkini, Masihkah Ada Rasa Itu.
Dalam pada itu, penyanyi itu juga dijangka akan menghiburkan peminatnya selama 90 minit.
Bintang berusia 42 tahun yang menggunakan khidmat Datuk Syafinaz Selamat selaku pengarah vokal meletakkan tanggungjawab pengarah muzik kepada Ayop Azril bersama sembilan pemuzik di bawah pimpinannya.
Jennifer Thompson diberi kepercayaan selaku pengarah konsert sementara Simon Khoo menggalas tugas pengarah teknikal.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.