Dipuji Miliki Suara Unik & Klasik, Tapi Ada Juga Netizen Kritik Persembahan Aisyah Aziz – “Nampak Struggle…”

Kemunculan penyanyi Aisyah Aziz di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 39 (SFMM39) malam tadi mencuri perhatian ramai.

Nyanyian Cetus Perhatian

Menyampaikan lagu Pujaanku bersama kumpulan Masdo, Aisyah ternyata mencetus perhatian penonton dengan nyanyian yang memukau.

Tampil dengan imej berhijab, Aisyah yang juga adik kepada aktor sensasi, Aliff Aziz itu seolah mengubat kerinduan peminatnya di Malaysia.

Menjengah ke ruangan balas di media sosial, rata-rata warga memuji penampilan dan persembahan Aisyah.
Rata-ratanya menyifatkan nyanyian Aisyah itu sangat unik dan tersendiri.

“Cantiknya Aisyah Aziz dengan tinggi lampainya, berhijab lagi adiknya kepada Alif Aziz. Suaranya pada class klasik yang tersendiri,” puji netizen.

“Seronok tengok Aisyah ada gaya memang berbakat besar dia,” komen netizen lain.

“Aisyah punya showmanship memang macam tu… tersendiri. Manis sekarang dah berhijab,” puji netizen lagi.

“Lagu macam ni la yang layak ke peringkat seterusnya.. lagu rentak melody dia lain dari yang lain..klasik gitu,” komen seorang netizen.

Ada Yang Kritik Cara Nyanyian

Biarpun mendapat reaksi positif netizen, ada juga yang mengkritik persembahan nyanyian Aisyah dengan mengatakan agak aneh.

“Yang perempuan tu menyanyi ka mengilai, tak faham langsung dia sebut apa,” komen netizen.

“Lagu ni best tapi Aisyah aneh sangat nyanyiannya malam ni. Biasa sedap je,” kritik netizen lain.

“Nampak struggle je Aishah Aziz tu nyanyi,” tulis netizen lagi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply