Kuala Lumpur (KL) Thunder tidak berdepan masalah untuk memburu gelaran juara Kumpulan A Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Champions Cup 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan Antlers 2-0 Stadium MBSJ,Serdang Jaya, sebentar tadi.
Rosli Rahman kekal memberikan kepercayaan kepada trio terbaiknya yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan (pengumpan), dan Azlan Alias (perejam). Manakala, Negeri Sembilan mempertaruhkan Haziq Nizam (tekong), Zulefendi Sumari (pengumpan) dan Hafizul Hayazi (perejam).
Anak buah Shahir Nasrudin dilihat bergelut dalam set pertama sekali gus memberikan skuad Warga Kota mudah mengambil kesempatan menamatkan permainan dengan menang 15-8.
Momentum itu diteruskan Kuala Lumpur dalam set kedua dengan servis pemain gantian Zarif Merican mengesahkan kemaraan pasukan itu dengan menang 15-9 dalam tempoh 35 minit secara keseluruhan perlawanan.
KL Thunder muncul juara Kumpulan A selepas menang dalam tiga aksi berturut-turut. Manakala, Negeri Sembilan muncul naib juara.
KL bakal berdepan Perak Bison dalam aksi separuh akhir pertama dan Selagor akan berdepan cabaran Negeri Sembilan dalam separuh akhir kedua esok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.