Pemain harapan negara, S. Sivasangari terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Skuasy Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Berdepan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi suku akhir, Sivasangari kerap melakukan pukulan yang mengelirukan lawan, dengan gerakan pantas untuk menutup saingan dengan keputusan 3-0.
Kemenangan tersebut turut memperbaiki rekod Sivasangari ke atas rakan seperjuangannya yang kini sudah meraih empat kemenangan, dengan kejayaan terakhir pada 2017.
“Saya tidak ingat bila kali terakhir saya bermain, saya hanya mahu fokus pada permainan saya dan saya sedikit gementar pada permulaan kerana selalu memberi tekanan dengan pemain pilihan dan rakan sepasukan.
Tahniah S. Sivasangari melangkah ke semifinal Piala Skuasy Ace Malaysia 2024 bertemu pilihan keempat kejohanan dari Scotland, Georgia Adderley.
Dlm quarter, dia berjaya tumpaskan Aifa Azman dlm straight set 3-0, fourth win head to head for Siva.
Cheers! @ASTROARENA pic.twitter.com/z0UCi9iMZf
— Faizal Bazari (@faizalbazario) November 15, 2024
“Aifa pemain yang bagus, kami semua tahu ada sepasang pemain Malaysia dan saya gembira menang 3-0.
“Saya pasti saya sudah bekerja keras, saya percaya diri saya sihat dan lebih cergas daripada dia, harapnya.
“Percaya pada esok hari dan saya cuba yang terbaik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.