Belum ada kata putus berhubung penukaran sistem pemilihan PKR

PKR belum membuat sebarang keputusan untuk mengubah sistem pemilihan parti itu daripada ‘satu anggota, satu undi’ kepada sistem perwakilan. Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – PKR belum membuat sebarang keputusan untuk mengubah sistem pemilihan parti itu daripada ‘satu anggota, satu undi’ kepada sistem perwakilan, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara tersebut telah dibincangkan, namun tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenainya setakat ini.

“Tak pasti, jangan kongsi. Saya ada meneliti sejumlah laporan dan sebagai Ketua Penerangan Keadilan (PKR), saya boleh sahkan waktu ini tidak ada keputusan, yang ada adalah perbincangan… jadi sukar untuk saya jawab tentang spekulasi ini,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Semalam, seorang ketua cabang PKR dilaporkan menghantar surat kepada rakan sejawatnya untuk menentang cadangan menukar mekanisme pengundian itu.

Individu tersebut mendakwa cadangan itu akan mengehadkan hak mengundi ahli dan menjurus kepada penurunan sokongan akar umbi.

PKR dijangka mengadakan pemilihan parti pada Mei tahun depan.- Bernama


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply