Nasib yang sama menimpa adik Aifa iaitu Aira Azman yang turun berdepan Georgia Adderley selepas tiga bulan bertarung dengan kecederaan ‘meniscus tear’.
Semangat juang Aira tiada taranya apabila dia berjaya memperbaiki rekod tahun lalu di kejohanan yang sama dengan kemaraan ke peringkat suku akhir, sebelum tumpas dalam pertarungan sengit 1-3.
Dia akan meneruskan cabaran dalam kejohanan Skuasy Terbuka Singapura pula, yang bakal berlangsung dari 19 hingga 24 november ini.
“Saya fikir sesi separuh masa kedua saya agak lewat kerana kejohanan hanya permulaan dan saya sudah lama tidak bermain.
☄️ “Shot of the match” from Malaysia’s Aira Azman as she fights back against the No.4 seed’s 2-0 lead
Watch all the action from the Malaysia Squash Cup quarter-finals live on @SquashTV ?#ACEMalaysiaSquashCup pic.twitter.com/MxeLFvNvoJ
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) November 15, 2024
“Dari sini saya belajar lebih banyak berkomunikasi dengan jurulatih saya dan perbaiki apa patut, lihat apa yang boleh saya lakukan untuk menjadi lebih baik.
“Tahun ini saya di tahun permulaan saya kerana saya masih belajar di Universiti Malaya, setiap kali cuti semester, saya akan pergi ke latihan luar.
“Saya mengalami ‘meniscus tear’ di kaki kanan saya dan ia sudah lama, saya mendapat suntikan ‘Platelet-rich plasma’ (PRP) dan semakin pulih.
“Saya pergi ke pemulihan untuk dapatkan kekuatan saya, kekuatan pergerakan saya dan setakat ini saya melakukannya dengan baik.” katanya
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.