Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, tidak bersetuju andai pendekatan dengan mengutamakan pemain B-23 tahun sebagai pertaruhan di pentas Piala ASEAN.
Malah, keadaan itu akan merumitkan lagi hasrat untuk melihat Malaysia mengulangi kejayaan pada 2010 ketika Malaysia dibimbing Datuk K. Rajagobal.
Namun, hakikat yang terpaksa di telan, keadaan itu tidak berlaku dalam skuad B-23 tahun yang masih mencari rentak dan keserasian di antara pemain.
Kim swee juga tidak teragak-agak untuk membantu skuad negara dengan melepaskan pemain Sabah demi perjuangan mereka di peringkat Asia Tenggara.
“Pemain elit B-23 juga beraksi bersama pasukan liga super, jadi pemain berusia 23 tahun daripada peringkat mana yang mereka perlukan. Piala ASEAN merupakan kejohanan di tahap yang tinggi, jika hantar pasukan yang lemah semestinya tidak akan membantu kancah bola sepak kita.
https://www.youtube.com/embed/SQqHfoDOxSA?autoplay=1&mute=1
“Saya ingin berbincang dengan pihak persatuan mengenai tarikh yang boleh kami beraksi bagi mengelak jadual antara pasukan kebangsaaan dan jurang yang mencukupi untuk para pemain berehat.
“Saya tidak mempunyai masalah, kita dapatkan situasi menang-menang. Dimana boleh membantu Sabah dan pada masa yang sama untuk pasukan kebangsaan.” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.