Kerajaan Kekal Dengan Pelesenan Perkhidmatan Media Sosial Berkuat-kuasa 1 Januari 2025

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan kerajaan akan kekal dengan pendirian untuk mengguna pakai kerangka kawal selia atau turut dipanggil pelesenan perkhidmatan media sosial berkuat-kuasa 1 Januari 2025. Langkah ini ditekankan adalah penting untuk mengatasi pelbagai permasalahan dalam internet, seperti buli siber dan lain-lain.

Menteri turut mengatakan banyak kegiatan buli siber kini berlaku di media sosial, terutamanya di Facebook, Instagram dan juga TikTok.

Dibawah peraturan baharu kelak, semua platform media sosial atau aplikasi permesejan dengan lebih 8 juta pengguna akan perlu mendapatkan lesen khusus. Kegagalan memperoleh lesen selepas 1 Januari 2025 adalah satu kesalahan, dan tindakan perundngan sewajarnya boleh diambil dibawah Akta 588 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998).

Buat masa ini, masih belum diumumkan lagi platform sosial yang telah menyatakan hasrat dan komitmen untuk mendaftar lesen di Malaysia.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply