Cahya Mata Sarawak Super Series Final 2024: Sadat Marzuki mahu keluar daripada zon selesa

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021, Sadat Marzuki, menegaskan saingan siri terakhir, Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series Final, sebagai penentu hala tuju dalam kariernya selain merupakan prospek bagi mencabar juara keseluruhan di Stadium Petra Jaya Kuching, Sarawak, hujung minggu ini.

Perhitungan tiga penjuru di antara Sadat, Fakrul Afizul dan Andre Anura bakal menjadi tumpuan hangat siapakah yang membolot kejuaraan siri kejohanan itu.

Atlet berusia 23 tahun itu mahu melupakan episod kekecewaannya yang menyaksikan prestasinya kian merudum sejak pengunduran jurulatihnya, Gu Yuan.

“Bagi saya, kejuaraan ini sangat penting kerana selain bersaing dengan orang lain, saya juga berlawan dengan diri sendiri. 

“Kejohanan ini turut dijadikan sebagai persediaan untuk kembali bersemangat pada tahun depan.

“Untuk elakkan daripada zon selesa, saya memerlukan pertandingan kompetitif seperti di luar negara supaya dapat bersemuka dengan lawan yang sebenar,” katanya kepada Nadi Arena.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply