Nama Nur Aishah Rofina Aling dalam dunia balapan agak tenggelam sejak dua tahun lalu apabila bergelut dengan kecederaan selain sukar mendapatkan rentak larian yang sebenar.
Pelari pecut muda itu juga tidak berselindung untuk melihat idolanya, Zaidatul Husniah Zulkifli, dimahkotakan atlet wanita pertama diangkat sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series Final.
“Apabila saya menyaksikan nama dia (Zaidatul Husniah Zulkifli) menjadi antara sebahagian atlet yang akan meraih gelaran juara, dia memberi inspirasi kepada kami lebih-lebih lagi berjaya memecahkan rekod kebangsaan, bulan lalu,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Kehadiran Aishah Rofina di trek larian kejohanan berprestij itu bagaikan sebuah kelahiran semula buatnya dalam sukan olahraga.
“Kebelakangan ini, acara 100 meter semakin berkembang di Malaysia. Setiap atlet menonjolkan prestasi yang tinggi.
“Saya perlu bersaing dengan sihat dan berharap dapat memberi cabaran kepada semua,” tambahnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.