Pascanilai Paris 2024: Penggunaan sosial media bawa padah, tiada disipin jadi isu utama

Pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 menyaksikan beberapa isu penting menjadi tumpuan hangat dibincangkan bagi mengenal pasti punca kepada prestasi atlet negara sewaktu mewakili Malaysia di peringkat paling berprestij.

Antara yang mencuri perhatian adalah, terlalu terdedah dengan media sosial dan masalah disiplin menjadi topik perbincangan utama post mortem tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui bahawa perkara itu seharusya perlu dielak dan tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka sedang memikul amanah negara di pentas tertinggi sukan dunia.

 

Kegagalan badminton, terjun, dan basikal untuk menghadirkan sasaran utama itu tidak berlaku, walaupun umum mengetahui, tiga sukan itu memiliki potensi menerusi atlet elit yang dimiliki.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low, menyambut baik saranan serta bersetuju dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar setiap atlet mengurangkan penggunaan sosial media supaya fokus mereka tidak terganggu.

Selain itu, setiap atlet wajar bersikap lebih terbuka untuk menerima nasihat daripada pakar psikologi dan bukan hanya bergantung kepada jurulatih sahaja.

“Sebelum ini, kami sudah menasihati setiap atlet berwaspada dengan penggunaan sosial media supaya tidak memuat naik perkara yang tidak sepatutnya.

“Ini kerana ada segelintir warga maya yang tidak menyukainya serta melontarkan komen negatif yang kemudiannya mengganggu mental atlet.

“Untuk ketenangan yang baik, mereka harus mengelak daripada sosial media buat sementara waktu. 

 

“Kami akan teruskan jika mereka berjaya membuktikan pakar psikologi peribadi boleh membantu dan memberi keputusan positif.

“Kalau kami melakukan siasatan mendapati pakar psikologi peribadi mereka tidak mampu membantunya hanya kerana tiada keserasian dengan pegawai yang baru, kami akan nasihat dan membimbing mereka melalui pegawai yang baru untuk prestasi yang terbaik.

“Oleh kerana kami mahukan kemajuan, jadi semua perlu berbincang,” ulasnya kepada Nadi Arena. 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply