Royal Thai Airforce mengakhiri saingan Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Champions Cup 2024 tanpa sebarang kemenangan susulan tewas kepada STFI India Fighters di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Hari ketiga kejohanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan itu sekadar melengkapkan jadual perlawanan Kumpulan B selepas tidak berjaya mara ke pusingan kalah mati apabila akur kepada kehebatan Selangor Pistons dan Perak Bison.
Statistik atas kertas jelas meruntuhkan reputasi wakil negara Thailand itu apabila ketinggalan 1-5 kepada pasukan lawan di set pertama.
Namun, sekelip mata mereka mempamekan kebangkitan segera untuk mengejar kedudukan seterusnya memastikan set pertama menjadi milik mereka 15-11.
Meskipun membarisi trio terbaik, Niichakul Seekai, Wichan Temkort dan Pichet Pansan, mereka sukar menangani ketangkasan STFI India Fighters yang mengheret ke set penentuan selepas menang 17-14 di set kedua.
Momentum itu diteruskan STFI India Fighters yang akhirnya memenangi aksi pertama kejohanan itu apabila berjaya menumpaskan ego Royal Thai Airforce di set terakhir 15-13.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.