Rekaan Samsung Galaxy A26 Tertiris

Rekaan Samsung Galaxy A26 didapati tertiris dalam beberapa gambar tular menerusi laman Android Headlines. Ia memaparkan peranti mempunyai reka bentuk umum yang mirip generasi semasa, dan wujudnya perbezaan kecil pada bonggol kamera di bahagian belakang.

Melihat secara menyeluruh peranti menggunakan padanan tubuh yang rata bersama bingkai membulat. Ia juga memuatkan bonggol kamera bujur di bahagian belakang dengan sistem tri-kamera utama. Bonggol kamera kelihatan menonjol bersama sebuah LED Flash yang diletakkan secara bersebelahan. Butang kuasa dan laras audio berada di bahagian sisi kiri.

Ini adalah pendekatan yang sama dengan apa dilakukan oleh Samsung pada Galaxy A16 5G sebelum ini. Pada masa yang sama peranti menawarkan port USB-C dan kekisi audio di bahagian bawah. Tidak dapat dipastikan mengenai bahan binaannya namun ada kemungkinan Samsung masih bahan berasaskan plastik seperti generasi sebelum ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply