MGPC Singapore akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan dalam Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Champions Cup 2024 selepas dua kekalahan kepada Kuala Lumpur Thunder dan Negeri Sembilan Antlers di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Begitupun, wakil pasukan dari Singapura itu harus menepuh jalan berliku apabila Garuda Sepaktakraw mempamerkan kebangkitan memukau di set kedua untuk mengheret permainan ke rubber set.
Skuad kendalian Salleh Nanang mudah mengatasi lawan dari Indonesia itu dengan mengakhiri saingan di set pertama 15-5 apabila tidak memberikan peluang untk menguasai keseluruhan gelanggang.
Garuda Sepaktakraw yang dibarisi oleh Bibi Syahbani, Khairul Saputra dan Fajar Pratama tidak mengaku kalah apabila corak permainan yang dipamerkan mula mendatangkan hasil untuk mengambil alih set kedua 15-10.
Kedua-dua pasukan saling bertukar servis tatkala kerap mengutip mata demi merapatkan jurang permainan yang kemudiannya memihak kepada MGPC Singapore untuk memenangi set terakhir tersebut.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.