MOSCOW – Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 akan bermula di ibu negara Peru, Lima pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Delegasi Rusia akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Alexey Overchuk. Sidang kemuncak dua hari itu akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
Para pemimpin dijangka menerima pakai deklarasi akhir selepas sidang kemuncak itu.
Langkah keselamatan telah dipertingkatkan di Lima menjelang acara berprofil tinggi itu, dengan anggota polis dan tentera dikerahkan di jalan-jalan bagi memastikan keselamatan dan melindungi lokasi mesyuarat.
Peru selaku Pengerusi APEC 2024 mengutamakan untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan, mengurangkan sektor ekonomi yang tidak terkawal dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.