Pengadil perlawanan sangat bodoh — Luah ketua pasukan Myanmar

Penyerang kebangsaan Myanmar, Maung Maung Lwin, tidak dapat menahan kekecewaannya selepas tewas 2-3 berdepan Singapura dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.

pemain berusia 29 tahun itu menyalahkan pengadil perlawanan sepenuhnya selepas beberapa keputusan kontroversi sepanjang perlawanan itu.

“Kalah sekali lagi, kami sangat tidak bertuah. anda boleh lihat pengadil perlawanan sangat bodoh. Saya memohon maaf mengatakan perkara ini.

“Kami telah berikan yang terbaik, tetapi pengadil… Saya tidak mahu menjelaskan apa-apa lagi.” katanya selepas perlawanan.

Tiga jaringan anak buah Tsutomu Ogura hadir menerusi  Shawal Anuar, Naqiuddin Eunos dan Farhan Zulkifli, manakala, gol Myanmar dihadiahkan oleh Ye Yint Aung dan Thiha Zaw.

 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply