FreePik Memperkenalkan Sokongan Jana Audio Suara Berasaskan AI, FreePik Tunes

FreePik merupakan salah satu perkhidmatan popular yang digunakan ramai yang terlibat dalam arena kreatif – termasuk untuk grafik, video dan juga audio. Terbaru, FreePik turut memperkenalkan sokongan menjana audio berasaskan input teks, dinamakan FreePik Tunes.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh menghasilkan audio suara yang boleh digunakan bersama-sama projek mereka yang lain, termasuk untuk video promosi produk, dan sebagainya. FreePik menyediakan sejumlah pilihan suara dan nada untuk dipilih, sebelum menjana audio suara berkenaan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menyemak penawaran FreePik Tunes hari ini, dan menggunakannya dalam penghasilan audio suara untuk projek anda.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply