Pelihara Anak Yatim Piatu, Pengawal Keselamatan Dengan Gaji RM1,500, Percaya Rezeki Allah

Pelihara anak yatim piatu, pengawal keselamatan dengan gaji RM1,500, percaya rezeki Allah. “Percaya dengan rezeki Allah SWT,” itu pegangan pengawal keselamatan Che Hanapi Che Hassan, 44, yang sanggup berdepan cabaran apabila berkorban menjaga enam anak yatim piatu yang juga anak saudaranya.

Pelihara Anak Yatim Piatu, Pengawal Keselamatan Dengan Gaji RM1,500

Bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang, itu berkata kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia dan ceria.

“JIKA DIIKUTKAN DENGAN PENDAPATAN RM1,500 SEBULAN TIDAK TERMASUK KERJA LEBIH MASA, IA SEAKAN TIDAK CUKUP UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA.

Percaya Rezeki Allah

“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.

“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.

Menceritakan kehidupan di awal perkahwinan, Che Hanapi berkata, dia bersedia menjaga enam anak yatim piatu itu untuk memastikan mereka tidak terpisah dan kekal bersama sehingga dewasa.

Che Hanapi (kanan) bersama keluarganya termasuk nak yatim piatu yang dijaganya. FOTO ihsan Che Hanapi Che Hassan.

Che Hanapi (kanan) bersama keluarganya termasuk nak yatim piatu yang dijaganya. FOTO ihsan Che Hanapi Che Hassan.

Menurutnya, segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007 yang ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Katanya, pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.

“TIADA APA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN APABILA MELIHAT ENAM ANAK YATIM PIATU INI YANG JUGA ANAK SAUDARA ISTERI GEMBIRA DAN TIDAK TERPISAH.

“SEBENARNYA, JIKA ADA YANG MENGAMBILNYA, BIARLAH MEREKA KEKAL BERSAMA DAN BUKANNYA HANYA SEORANG YANG MENYEBABKAN HUBUNGAN MEREKA AKAN MENJADI JAUH.

“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.

“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.

Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan turut mengakui gembira melihat anak saudaranya membesar di depan mata kerana memberi kepuasan serta bersyukur di atas segalanya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Cukup Setahun Hari Lahir Emirhan, Anzalna Raikan Ulangtahun Anaknya Bersama Anak-Anak Yatim

Dia Kesian, Tolong Pack Mainan Ajar Anak Hadiahkan Mainan Pada Anak Yatim, Betty Rahmad Dipuji!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply