Project;Exit Sudah Hampir Ke Penghujung, Kesudahan Hadi Dan Jannah Buat Penonton Resah!

Plot penuh emosi membuatkan ramai penonton tidak sabar untuk menantikan pengakhiran Project; Exit.

Jom Gempak kongsikan sedutan apa yang penonton boleh jangkakan bagi dua episod terakhir Projek;Exit

Episod 5

Dalam episod ini Jannah (Shasha Abedul) berdepan dengan cabaran besar apabila Hadi (Mierul Aiman) dimasukkan ke dalam koma dan memerlukan pemindahan paru-paru. 

Ketika itu, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran Ibu Zan (Nabila Huda) dan rahsia besar yakan mula terungkap. 

Dalam detik yang penuh emosional, Jannah merasa tertekan dan bersalah, namun Hadi akhirnya sedar, memberikan sedikit harapan kepada Jannah.

Episod 6 

Untuk episod ini kebenaran mengenai kejadian tentang apa yang berlaku pada malam ayah Jannah meninggal akan terungkap dalam episod ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penutupan yang pasti memberi kesan mendalam pada penonton. 

Sekadar info, Projek; Exit mengetengahkan isu remaja dalam mengharungi masalah kesihatan mental. 

Projek; Exit telah ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 November 2024.

Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti  Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi. 

Sinopsis Projek; Exit

Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Projek; Exit: Pernah Hidap Depresi, Shasha Abedul Akui Sukar Untuk Bawa Watak Jannah – “38 Hari Saya Rasa Terseksa…”

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Cliffhanger Episod 4 Tu Ahhhhh…Apa Akan Terjadi” – Penonton Tak Sabar Nak Tonton Next Episod Projek; Exit

 

ARTIKEL BERKAITAN: Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

 

ARTIKEL BERKAITAN: Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply