Pasukan HI-REV Dream Chaser mencipta sejarah selepas merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Malaysia Championship Series (MCS) 2024 untuk tahun ketiga berturut-turut di Litar Antarabangsa Sepang.
Pasukan HI-REV Dream Chaser meneruskan legasinya sebagai kuasa utama dalam arena sukan permotoran negara dengan memperkenalkan berisan pemandu menjelang perlumbaan ketahanan kebangsaan, Sepang 1000KM (SIC) yang dibarisi pasangan adik-beradik, Hayden dan Aaron Haikal.
Turut menyertai mereka dari Malaysia adalah pelumba berpengalaman, Rahul Mayer dan Lee Wai Cong, manakala Fitra Eri dari Indonesia dan Daim Hishammudin dari Singapura menambah dimensi antarabangsa kepada pasukan.
Untuk perlumbaan S1K, Lee Wai Cong, Aaron Haikal, dan Fitra Eri akan memandu Honda City, menggabungkan kepakaran mereka dengan ketahanan dan kelajuan jentera lumba yang terkenal.
Sementara itu, Daim Hishammudin, Hayden Haikal, dan Rahul Mayer akan mengharungi perlumbaan yang sama menggunakan jentera lumba Suzuki Swift yang lincah, yang disesuaikan khusus untuk perlumbaan sejauh 1000KM.
Perlumbaan S1K ini akan menjadi pentas terbaik bagi HI-REV Dream Chaser untuk mempamerkan kehebatan mereka, menonjolkan kemahiran pemandu, jentera lumba, dan daya tahan minyak pelincir HI-REV dalam menghadapi tekanan intensif perlumbaan ketahanan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.