KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 4.6 darjah selatan dan 153.1 darjah timur dengan kedalaman 45 kilometer (km), iaitu 89 km Timur dari Kokopo, Papua New Guinea.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.