Touch n Go eWallet kini mengemaskini had dompet digital mereka, membolehkan para pengguna menyimpan sehingga RM20,000 melalui dompet Go+, sekaligus turut menjana pendapatan tambahan harian melalui simpanan berkenaan. Sebelum ini, had untuk Go+ adalah hanya RM9,500.
Bersama-sama kemaskini ini juga, pihak TNG eWallet meningkatkan had transaksi bulanan sehingga RM120,000, sementara had transaksi tahunan ditingkatkan kepada RM360,000.
Untuk pengguna dompet digital versi Pro, had simpanan dompet digital adalah sehingga RM5,000, sementara versi Lite pula sehingga RM200.
Bagi pengguna Touch n Go eWallet, anda boleh semak kemaskini had simpanan ini melalui halaman GOfinance pada dompet digital berkenaan hari ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.