Brazil dikejutkan Venezuela di Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan apabila seri 1-1 di Stadium Monumental de Maturin.
Di minit ke-43, Raphina terlebih dahulu meletakkan Skuad Samba di hadapan menerusi sepakan percuma Raphina yang berjaya menerobosi gawang Venezuela.
Memasuki separuh masa kedua, Telasco Segovia berjaya menyamakan kedudukan selepas mendapat umpanan cantik dari Jefferson Savarino.
Brazil punyai peluang untuk memenangi perlawanan selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti apabila Vinicius Junior dijatuhkan kotak penalti.
Namun, Vinicius gagal menyempurnakan penalti itu sekaligus memaksa Brazil berkongsi satu mata bersama Venezuela.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.