32,200 penyokong yang hadir di Stadium Defensores del Chaco menjadi saksi kebangkitan Paraguay meraih kemenangan ke atas Argentina.
Argentina terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-11 hasil sepakan baik oleh bintang Inter Milan, Lautaro Martinez.
Anak buah Gustavo Alfaro tidak menunggu lama untuk mengikat kedudukan, Antonio Sanabria menjaringkan gol penyamaan dengan aksi akrobatik yang cantik mudah menewaskan Emiliano Martinez.
Pemain pertahanan Getafe, Omar Alderete memastikan Paraguay meraih tiga mata penuh di hadapan penyokong mereka hasil tandukkan baik yang menerjah gawang Argentina.
Mereka kini menduduki tangga keenam dengan 16 mata manakala Argentina masih gah di puncak kedudukan dengan 22 mata selepas 11 perlawanan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.