Microsoft dilaporkan akan disiasat oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) kerana dikatakan menyukarkan pelanggan untuk berhenti menggunakan perkhidmatan Azure mereka menerus pelbagai perisian produktiviti yang turut ditawarkan oleh mereka.
Proses pemindahan data perisian produktiviti ke perkhidmatan pesaing Azure disukarkan menerusi syarat pelesenan yang dikenakan Microsoft. Antara yang didakwa dilakukan ialah meningkatkan yuran bulanan, mengenakan caj untuk berhenti yang mahal dan membuatkan produk Office 365 tidak serasi digunakan dengan perkhidmatan awanan pesaing.
Ini sekaligus dilihat sebagai Microsoft menyalahgunakan kedudukan mereka bagi mengelakkan persaingan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.