Mesolitica Memperlihatkan Keupayaan Teks Ke Suara Yang Dioptimasikan Untuk Suara Dan Konteks Malaysia

Mesolitica merupakan salah satu firma tempatan yang membangunkan penyelesaian model bahasa raya dan kecerdasan buatan. Terbaru, Mesolitica memperlihatkan keupayaan model teks-ke-suara yang serba baharu, dioptimasikan untuk suara dan konteks Malaysia. Pembangunan terbaru ini dijangka akan diintegrasikan pada penawaran platform pembantu maya berasaskan suara kelak.

Bersama-sama dengan perkembangan teknologi suara yang dikuasakan kecerdasan buatan, Mesolitica turut berkongsi pembangunan sokongan keupayaan klon suara – membolehkan sampel suara ringkas digunakan dan seterusnya menjana pelbagai audio suara akan datang menggunakannya.

Dibawah demo yang dipertontonkan, mereka menggunakan suara Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membacakan sejumlah teks berkaitan dengan penawaran mereka, dan demo berkenaan memperlihatkan bacaan yang lancar dalam menyebut perkataan bahasa Malaysia.

Dengan pembangunan teknologi ini juga, pihak Mesolitica menyeru pihak berkuasa dan pembangun polisi untuk hadir dengan garis panduan yang jelas dalam mengawal-selianya secepat mungkin – terutamanya melibatkan penggunaan teknologi suara.

Pihak Mesolitica dijangka menawarkan model sumber terbuka untuk teknologi teks ke suara ini dalam masa terdekat, memfokuskan penggunaan untuk tujuan kajian dan pendidikan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply