ENGLAND menewaskan tuan rumah Greece 3-0 dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat untuk berada di kedudukan teratas peringkat kumpulan B2.
Pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Ollie Watkins seawal minit ketujuh, sebelum gol sendiri penjaga gol Greece, Odysseas Vlachodimos pada minit ke-77 dan jaringan lewat Curtis Jones memberikan England kemenangan selesa dan meletakkan mereka dengan 12 mata daripada lima perlawanan.
Mereka mendahului Greece yang berada di kedudukan kedua kumpulan dengan perbezaan gol.
Pelawat terbang ke Greece tanpa sembilan pemain termasuk Phil Foden, Bukayo Saka, Cole Palmer dan Trent Alexander-Arnold – yang menarik diri daripada skuad kerana kecederaan.
“Ia menunjukkan bahawa kami bergerak ke arah yang betul. Kami tidak akan terlalu terbawa-bawa dengan masalah dan kami mempunyai perlawanan besar pada hari Ahad di Wembley
“Kami mempunyai banyak bakat yang luar biasa. Pemain yang tiada di sini, kami menumpukan perhatian kepada mereka yang ada. Mereka mengambil peluang mereka hari ini.
“Orang ramai bercakap malam tadi mengenai kekurangan pengalaman dalam skuad tetapi pemain ini bermain untuk kelab mereka pada tahap yang sangat tinggi,” kata pengendali sementara England, Lee Carsley.
Dalam pada itu, pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos kesilapan yang membenarkan pemain England bergerak bebas menyebabkan pasukannya tewas.
“Dalam 25-30 minit pertama kami membenarkan mereka bergerak dengan bola terlalu banyak. Pada separuh masa kedua pula kami mengambil risiko yang tidak membuahkan hasil.
“Gol awal memberi kesan kepada kami tetapi dalam 25 minit itu kami hanya memberikan terlalu banyak ruang dan penguasaan kepada England,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.