Yamaha RX-Z Twin Boss V2 oleh FNG Works telah menjadi sorotan utama di acara Art Of Speed Malaysia (AOSM) 2024. Merangkul Anugerah Pilihan Juri dan Anugerah Pilihan Awam dalam pertandingan Art of Speed Invitational Bike Build Off.
Motosikal unik ini bakal melakar sejarah dengan penyertaannya di Yokohama Hot Rod Custom Show ke-32 pada tahun 2024 di Jepun. Satu pengiktirafan besar bagi dunia motosikal kustom Malaysia.
FNG Works
Karya tangan kreatif Mohamad Irwann Bin Mohd Azlan, atau lebih mesra dikenali sebagai Cheng. Seorang jurutera mekanikal berusia 33 tahun yang berkelulusan dari UiTM Shah Alam.
Sentuhan Cheng dalam binaan motosikalnya dipengaruhi oleh beberapa pembina tempatan yang dihormatinya seperti Khalid “The Rusty Factory” dan Omar Jumiran. Antara inspirasi antarabangsa pula termasuklah Maxwell Hazan dan Ed Roth. Dua nama besar dalam dunia kustom motosikal.
Kisah Motosikal RXZ Twin Boss
Bermula pada Art Of Speed 2017, di mana model asal Twin Boss V1 yang dikuasakan oleh dua enjin Yamaha RX-Z 135cc dipersembahkan. Enjin tersebut dipasang dalam konfigurasi unik.
Satu enjin di hadapan yang lain dan disambungkan melalui pemacu rantai. Model pertama ini yang dikenali dengan gaya ‘Digger’ menjadi hadiah cabutan bertuah pada acara AOSM 2017.
Untuk AOS 2024
Cheng membawa satu pembaharuan besar melalui RX-Z Twin Boss V2. Kali ini, beliau menggabungkan dua enjin RXZ 135cc menjadi satu enjin dua silinder yang unik dan diolah dalam konsep yang lebih aerodinamik serta berani.
Menurut Cheng, “Saya ingin mencipta motosikal yang menarik perhatian. Dengan dua enjin RX-Z digabungkan menjadi satu unit. Saya mula mereka motosikal ini di sekeliling enjin yang mempunyai garis dan perkadaran tepat. Fokus saya adalah mencapai tahap fabrikasi yang paling sempurna.”
Art Of Speed Malaysia
Menyokong penuh penglibatan Cheng di Jepun dengan peruntukan RM60,000 untuk kos penerbangan, penginapan, dan logistik.
Dalam usaha meraikan perjalanan ini, pasukan AOS turut menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk RX-Z Balik Kampung: Dari Ipoh ke Yokohama yang bakal disiarkan pada Hari Krismas 2024.
Filem ini bertujuan memperkasakan belia dalam dunia kreativiti dan menghidupkan semangat seni kustom motosikal. Filem ini juga bakal ditayangkan di beberapa festival filem motosikal antarabangsa di Kanada, Amerika Syarikat, dan Dubai.
Harapan Art of Speed Malaysia
AOSM berharap penyertaan Yamaha RX-Z Twin Boss V2 di Yokohama Hot Rod Custom Show ini bakal menjadi batu loncatan kepada bakat-bakat tempatan. untuk menyerlahkan industri kreatif Malaysia di pentas antarabangsa. Pasukan AOS akan berada di Jepun bersama rombongan 15 orang bagi memberikan sokongan penuh kepada Cheng dan FNG Works.
Menurut Asep Ahmad, Pengarah Festival AOSM, “Kami amat bangga dengan sokongan rakyat Malaysia yang memungkinkan penyertaan FNG Works di acara berprestij ini. Kami berharap lebih ramai pembina kustom Malaysia akan menempa nama di persada dunia.”
Art Of Speed turut menghargai KEJOS AUTOPROJECT atas sokongan logistik yang diberikan di Jepun, memastikan segala persiapan berjalan lancar untuk debut RX-Z Twin Boss V2 di acara berprestij tersebut.
Dari Art Of Speed Malaysia
Baca Juga Art of Speed 2024 Kembalikan Komuniti Kustom – Hargai Seni Kelajuan Tempatan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.