GISBH disahkan sesat, bakal terkubur

GISBH disahkan sesat, bakal terkubur

GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hampir pasti terkubur apabila Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam mesyuarat kali ke-125 pada 24 hingga 26 September lalu memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam.

Pengerusinya, Datuk Nooh Gadut menjelaskan, terdapat enam ciri penyelewengan daripada ajaran yang dibawakan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan pengikutnya termasuk pegangan bahawa Asy Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi atau Syeikh Muhammad Suhaimi merupakan Imam Mahdi.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply