Netizen ‘Approved’ Fazura Nyanyi Lagu Adele, Siap Dapat Pujian Melambung!

Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura yang sebelum ini menerima kritikan hebat daripada warganet apabila mempromosikan lagu terbaharunya Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara di Indonesia, kini kembali mencuri perhatian dengan bakat nyanyiannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Fazura berkongsi video dirinya menyanyikan lagu Make You Feel My Love, karya asal penyanyi terkenal antarabangsa, Adele.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Puji Suara Fazura -“Awak Sesuai Duet Dengan Saya, Suara Unik & Universal…”

Walaupun hanya duduk ketika menyampaikan lagu tersebut, Fazura berjaya memukau peminat dengan alunan suara yang merdu, membawakan setiap bait lirik dengan penuh emosi.

Menerusi ruangan kapsyen video itu, Fazura menjelaskan bahawa lagu tersebut memiliki makna yang sangat mendalam baginya. Menurutnya, ia sering dinyanyikan kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, setiap kali sebelum tidur.

“Apa yang menjadikan lagu ini lebih istimewa ialah ia mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura, yang sering menyanyikan buat anaknya sebelum tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Kini Lebih Bahagia -“Bukan Nak Riak, Tapi Saya Lebih Tenang Sekarang”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Bait lirik, ‘Untuk membuat anda merasakan cinta saya’ adalah janji tulus Fazura untuk sentiasa berada di sisi Fatima,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan kekaguman terhadap suara Fazura yang dianggap serasi dengan lagu tersebut. Selain, mereka memuji keindahan dan ketepatan nada suara pelakon filem Pisau Cukur itu yang dianggap mampu menyampaikan lagu penyanyi antarabangsa dengan begitu baik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Fazura


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply