Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!

Mike Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul ketika bertemu empat mata buat kali terakhir sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi esok. 

Pernah dikenali sebagai ‘Baddest Man on the Planet’, Tyson yang berusia 58 tahun itu kembali ke gelanggang buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun utnuk bertinju secara profesional berdepan Paul dalam pertarungan yang dinanti-nantikan di Stadium AT&T.

Ketika kedua-dua petinju ini sudah tidak sabar untuk bertukar tumbukan, Tyson, yang yang mempunyai berat 228.4 paun, menghampiri Paul kemudian menampar petinju berusia 27 tahun itu di muka sebelum memberitahu, “Masa untuk bercakap sudah tamat.”
 

Strim secara langsung di Netflix bermula jam 8 pagi esok. 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply