Tomato antara tanaman yang sering digunakan dalam masakan harian di dapur. Namun tak mudah untuk tomato dapat hidup subur dah mengeluarkan buah yang banyak. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian jika ingin menanam pokok ini laman rumah.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Mysarah Mk ini sebagai panduan.
Nak kongsi pengalaman saya tanam tomato
1. Sokongan Batang
Pokok tomato perlukan sokongan sebab batang dia lembut (contoh : ikat pada kayu pancang/pagar).
2. Teduhan:
Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas **(ini paling penting, saya tanam kali kedua tak berapa menjadi, sebab tak ada teduhan dah, pokok besar tu dah kena tebang.
3. Pendebungaan :
Perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.
4. Siraman & Baja
Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato ni cepat layu kalu panas dan jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam & ezigrow.
5. Racun Serangga
Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.
6. Penjagaaan
Buah perlu balut kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.
Daun yang kering/rosak perlu buang, tinggalkan daun yang elok sahaja.
Ini pokok yang saya pernah tanam, bertahan hampir 9 bulan usia pokok-pokok ini & berbuah a100 biji. Cuma jangan gunakan tali rafia untuk ikat pokok macam saya sebab lama-lama tali tu reput kena ganti tali lain.
~ Saya dah tak tanam tomato sekarang, sebab dah tak sempat belek pokok-pokok yang cerewet seperti ni. Sekarang ni tanam pokok yang senang bela je seperti pokok bendi.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Tanam Tomato Guna Baja Kulit Bawang Untuk Buah Banyak Dan Cantik
Baca Lagi Di Sini:Resepi Pencegah Serangga Organik Untuk Pokok Cili, Terung Dan Tomato
Artikel Menarik:Sembur Cuka Kayu Hasilkan Buah Tomato Berkualiti Dan Manis
IMPIANA: Bagi yang nak cuba tanam pokok tomato di rumah dan mengeluarkan hasil yang subur, berbuah boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.