Penyerang pasukan Jepun, Koki Ogawa mahu memaksimumkan peluang bagi tampil di perlawanan seterusnya menantang Indonesia dengan syarat perlu mendapat kepercayaan dari jurulatihnya dahulu.
Ayase Ueda yang bermain untuk Feyenoord mengalami kecederaan dan harus direhatkan dalam perlawanan kali ini dan dengan ketiadaan Ueda ianya membuka ruang yang sangat besar bagi Ogawa untuk mengisi posisi itu menjelang perlawanan menentang pasukan Indonesia dan China.
Ogawa meluahkan bahawa dia bakal berusaha keras dan pastinya kesempatan ini akan diambil untuk membuktikan kemampuaanya untuk membantu pasukan. Tiada lain fokusnya adalah untuk berusaha mencetak gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut.
“Saya ingin menggunakan sebaiknya kesempatan ini. Semua berrgantung dari berapa banyak gol yang boleh saya cetak di kedua-dua perlawanan nanti,” kata Ogawa di Nikkan Sports.
Ogawa ketika ini berda dalam kondisi yang sangat baik. Ia mampu mencetak lima gol dalam tiga perlawanan terakhir bersama kelabnya, NEC Nijmegen.
Selain itu, Ogawa juga sudah mencetak empat gol di Kualifikasi Piala Dunia sebelum ini.
Ogawa mencetak gol di dua perlawanan saat menghadapi Bahrain dan Arab Saudi. Kerana itu, ia tampak teruja untuk menghadapi cabaran dari Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).
“Ini sungguh menyenangkan. Saya jelas sangat menantikannya,” kata Ogawa.
Dalam tiga perlawanan terakhir, Ogawa selalu tampil sebagai pemain gantian. Ketika melawan Arab Saudi, ia masuk di minit ke-74, sedangkan ketika melawan Bahrain, ia turun ke padang di minit ke-64.
Sementara itu pada saat melawan Australia, Ogawa masuk untuk bermain di minit ke-82. Di semua perlaanan itu, Ogawa masuk menggantikan Ueda. Kerana itu, dengan ketidakhadiran Ueda, Ogawa kemungkinan besar bakal bermain sejak minit pertama.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.