Deco harap Pedri perbaharui kontrak bersama Barcelona

Pengarah sukan Barcelona, Deco, berharap Pedri akan menandatangani kontrak jangka masa panjang baharu bersama kelab dalam masa terdekat, ketika kontrak pemain tengah itu bakal berakhir pada 2026.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi pemain utama Barcelona musim ini, turun beraksi 11 daripada 13 perlawanan LaLiga dan keempat-empat perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), selepas berdepan musim yang sukar tahun lalu.

Pedri terlepas secara keseluruhan 25 perlawanan buat kelab dan negara susulan dihimpit masalah kecederaan musim lalu, termasuk aksi separuh akhir dan akhir Euro 2024, kerana dipaksa meninggalkan padang selepas hanya lapan minit beraksi ketika kemenangan suku akhir Sepanyol ke atas Jerman. 

Tahap kecergasannya menjadi persoalan utama sejak beberapa tahun yang lalu, selepas mengalami kecederaan hamstring yang berulang sejak 2021, di mana dia beraksi 73 perlawanan pada musim tersebut. 
 

Bagaimanapun, selepas masalah kecederaan itu tidak lagi membelenggu pemain tersebut, Deco teruja untuk menyaksikan pemain tersebut terus bermain untuk jangka masa paanjng bersama kelab tersebut. 

“Untuk melakukan pembaharuan, perkara pertama yang anda perlu tahu ialah perkara yang dicari oleh pemain, dan saya fikir mereka sedang mencari untuk memenangi kejuaraan, berada dalam pasukan yang kompetitif dan, sudah tentu, mempunyai kontrak yang baik,” katanya kepada Mundo Deportivo .

“Saya fikir begitu dan saya fikir kami mempunyai pemain yang juga berfikiran begitu. Saya fikir pembaharuan Pedri akan berlaku kerana saya fikir Pedri mahu mencipta sejarah di kelab.”


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply