Touch n Go eWallet Memperkenalkan “Soundbox Pocket” Bersaiz Mini Untuk Mudah Dibawa Atau Digantung Di Leher

Touch n Go eWallet sedia memperkenalkan Soundbox sebelum ini kepada pekedai, memudahkan pengguna mengetahui bayaran masuk menggunakan kod QR, dimana Soundbox berkenaan akan membacakan sebarang bayaran masuk ke akaun pengguna. Terbaru, selain Soundbox biasa, pihak TNG turut memperkenalkan variasi barunya, dinamakan Soundbox Pocket.

Soundbox Pocket hadir dengan rekaan lebih nipis, dan boleh digantungkan pengguna pada leher, atau dipakai pada saku baju. Ia dilihat boleh digunakan sejumlah pihak, termasuk yang berniaga menggunakan motosikal atau basikal, pemandu teksi, penghantar barangan, dan sebagainya.

Soundbox Pocket ini ditawarkan pada harga RM230, dan turut hadir dengan langganan tahunan sebanyak RM80 (bermula tahun kedua) untuk kad SIM yang hadir terbina pada Soundbox Pocket ini. Bagi para peniaga, anda boleh menyemak penawaran Soundbox Pocket ini melalui halaman penjual di aplikasi Touch n Go eWallet.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply