Bancuh Air Sambil Tiub Doa, Nak Suami Sayang, Isteri Elok Amalkan

Biasanya kalau suami minta kopi, macam mana anda bancuh air? Sekadar buat atau pernah selit doa yang baik untuk lembutkan hatinya?

Haa… nampak remeh tetapi tip ini sangat berkesan dalam rumah tangga! Cara ini sangat membantu mengikat hubungan suami isteri, cubalah amalkan, ya.

Bancuh Air Sambil Tiub Doa

Amalan ini boleh dilakukan oleh isteri terutamanya semasa menyediakan minuman dan makanan buat suami. Pastikan niat itu selari dengan rasa hidangan yang sedap ya!

#DOA UTAMA

Doa yang bermanfaat dari Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma. Surah Al- Imran, ayat 31.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Doa ini dibaca untuk bagi pasangan kita sayang dekat kita. Boleh dibaca sambil kacau makanan atau semasa bancuh air dan sebagainya sebelum dihidangkan kepada suami tercinta. Bahkan, para suami juga boleh membaca doa ini untuk isteri.

#DOA 2

اللهُمَّ اجْعَلْ زَوْجِي وَوَلَدِيَ عَبْدَيْنِ صَالِحَيْنِ يُحِبُّهُمَا النَّاسُ وَيُحِبَّانِ النَّاسُ

Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah suamiku dan anak-anakku sebagai hamba yang soleh yang dicintai oleh manusia dan mencintai manusia.”

#DOA 3

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي وَأَحْبَابِي وَزَوْجِي

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan dalam agamaku, dunia dan akhiratku, keluargaku, harta benda dan orang-orang yang aku cintai, serta suamiku.”

#DOA 4

Ini adalah untuk buat air penawar. Caranya adalah dengan baca ayat-ayat ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.

-Surah al-Fatihah : 17 kali

-Ayat Kursi : 17 kali
-Surah al-Ikhlas : 17 kali
-Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 kali

Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. InsyaAllah, kita berusaha, Allah jua yang memustajabkan.

Selamat mencuba dan insyaAllah suami akan makin sayang!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply