Mak Pesan Buat Rutin Kerja Rumah, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang. Ada benarnya pesanan ini. Perasaan tenang dapat diperolehi apabila memiliki kediaman yang bersih dan kemas.
Jangan bagi alasan rumah tidak kemas dan bersih kerana tidak sempat dan letih, seharian bekerja. Sebaliknya jadikan kerja mengemas ini sebagai rutin harian.
Nak rumah cantik tak semestinya kena dekorasi dan perabot yang mahal. Sedangkan rumah biasa-biasa boleh jadi tenang dan cantik kalau sentiasa jadikan rutin buat kerja rumah ini.
Perkongsian daripada Pereka Dalaman, Anis Syuhada ini boleh dijadikan panduan.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu sampah walaupun tak nampak kotor.
2. Sambil sapu tu buang juga sawang yang melekat, jangan menyapu macam orang tak ada mata & tulang.
3. Lapik kaki luar rumah atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun masih simpan nak pakai macam mana. Selipar yang putus pun janganlah disimpan sebabnya sayan nak buang. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
5. Tong sampah cuci, ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nk kemas balik “tak payah masak”.
Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam, kelabu asap, kuning merengau kenalah bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
IMPIANA : Ada benarnya pesanan yang dikongsikan ini. Jadikan mengemas rumah sebagai rutin harian.Rumah biasa-biasa pun jika bersih automatik akan rasa tenang, kemas dan cantik.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca:Pilih Konsep Minimalis & Mudah Dibersihkan, ‘Tuan Rumah’ Decor Ikut Bajet Sendiri
Baca Lagi Di Sini:Lantai Rumah Atau Jubin Semakin Kusam Dah Tak Berkilat Macam Dulu, Guna 2 Bahan Ni Untuk Serikan Kembali
Artikel Menarik:Tip Keselamatan Tinggalkan Rumah Dan Doa Yang Perlu Diamalkan
Sumber: Anis Syuhada
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.