Tanam ubi kayu selain untuk menikmati ubinya, kita juga akan memetik pucuknya untuk dibuat hidangan. Pucuk ubi ini enak direbus, dibuat gulai mahupun digoreng.
Kalau lebih berminat menanam ubi kayu untuk mendapatkan pucuk, boleh ikut cara penanaman ubi kayu dalam pasu seperti berikut;
Cara tanam ubi kayu untuk tuaian pucuk
Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam. Kalau pucuknya direbus, cicah budu.Tiada kata dapat membayangkan keenakannya. Jika nak tanam untuk pucuk boleh menggunakan pasu. Caranya adalah seperti berikut;
1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.
2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.
3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.
4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).
5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.
6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.
7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.
8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.
9. Letak ditempat teduh. Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.
10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.
11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.
Selamat mencuba.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.