Sungguhnya negeri syurga itu adalah negeri nikmat dan antara nikmat yang ada di dalam syurga ialah semua penghuninya sangat cantik diri mereka dan perhiasan mereka dan tempat tinggal mereka.
Kumpulan pertama penghuni syurga secantik bulan malam purnama
Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. bersabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، وَالثَّانِيَةُ عَلَى لَوْنِ أَحْسَنِ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ، لِكُلِّ رَجُلٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ، عَلَى كُلِّ زَوْجَةٍ سَبْعُونَ حُلَّةً، يَبْدُو مُخُّ سَاقِهَا مِنْ وَرَائِهَا
Ertinya : “Kumpulan pertama yang masuk akan syurga atas rupa secantik bulan di malam purnama dan kumpulan kedua atas kecantikan seelok-elok bintang yang bersinar pada langit. Bagi setiap seorang dari mereka itu dua isteri dan atas setiap isteri itu tujuh puluh jenis perhiasan dan dapat dilihat akan sumsum betisnya dari belakangnya.” (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ahmad)
Wanita syurga cantiknya hingga nampak isi sumsun betis
Dan pada riwayat Abu Hurairah r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، يُرَى مُخُّ سُوقِهِنَّ مِنْ وَرَاءِ الْعَظْمِ وَاللَّحْمِ مِنَ الْحُسْنِ،
Ertinya : “Bagi setiap seorang dari mereka itu ahli syurga ada dua isteri dari perempuan syurga yang nampak isi sumsum betisnya dari belakang tulang dan daging kerana tersangat cantiknya.” (Hadith riwayat Bukhari)
Bertambah cantik setiap saat
Bahkan kecantikan ahli syurga itu akan bertambah setiap saat semakin hari semakin cantik tiada berkesudahan.
Telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَسُوقًا، يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ ، فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ ، فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالًا، فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالًا ، فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُم ْ: وَاللهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا، فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ ، وَاللهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا
Ertinya : “Bahawasanya di dalam syurga itu ada sebuah pasar yang datang kepadanya ahli syurga setiap jumaat lalu bertiuplah angin dari pihak utara lalu mengenai angin itu akan wajah mereka dan pakaian mereka maka jadilah mereka semakin hari semakin cantik dan semakin indah. Dan apabila mereka kembali menemui isteri mereka adalah mereka bertambah tampan dan indah. Kemudian isteri-isteri mereka berkata : Demi Allah sungguh bertambah-tambah ketampanan kamu selepas pergi dari kami dan semakin cantik kamu.” (Hadith riwayat Muslim)
Dalam syurga tiada berludah, berkahak atau kencing
Telah diriwayatkan daripada Jabir r.a. berkata : Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :
إِنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ يَأْكُلُونَ فِيهَا وَيَشْرَبُونَ، وَلَا يَتْفُلُونَ، وَلَا يَبُولُونَ، وَلَا يَتَغَوَّطُونَ، وَلَا يَتَمَخَّطُونَ قَالُوا: فَمَا بَالُ الطَّعَامِ؟ قَالَ: جُشَاءٌ وَرَشْحٌ كَرَشْحِ الْمِسْكِ، يُلْهَمُونَ التَّسْبِيحَ وَالتَّحْمِيدَ كَمَا تُلْهَمُونَ النَّفَسَ
Artinya : “Sungguhnya ahli syurga makan minum mereka itu dan mereka tidak berludah dan tidak kencing dan tidak berak dan tidak berhingus. Kemudian para sahabat bertanya : Maka macamana pula dengan makanan? Jawab Rasulullah : Ada sendawa dan keluar peluh seperti wangian kasturi mereka diilhamkan bertasbih dan bertahmid seperti kamu diilhamkan dengan bernafas.” (Hadith riwayat Muslim)
Pinggan mangkuk dan sikat rambut dari emas
Dan pada riwayat Abu Hurairah r.a. Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :
يُسَبِّحُونَ اللَّهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا، لَا يَسْقَمُونُ، وَلَا يَبُولُونَ، وَلَا يَتَغَوَّطُونَ وَلَا يَتْفُلُونَ، وَلَا يَتَمَخَّطُونَ، آنِيَتُهُمُ الذَّهَبُ وَالْفِضَّةُ، وَأَمْشَاطُهُمُ الذَّهَبُ
Artinya : “Ahli syurga itu bertasbih akan Allah pada pagi dan petang tiada mereka sakit dan tiada kencing dan tiada berak dan tiada berludah dan tiada berhingus. Pinggan mangkuk serta gelas cawan mereka daripada emas dan perak dan sikat rambut mereka daripada emas.” (Hadith riwayat Bukhari)
Sentiasa muda
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :
مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَنْعَمُ وَلَا يَبْأَسُ، وَلَا تَبْلَى ثِيَابُهُ، وَلَا يَفْنَى شَبَابُهُ
Artinya : “Barangsiapa yang masuk ia akan syurga maka dia akan mendapat nikmat dengan tidak akan putus dan pakaiannya tidak akan binasa dan tidak hilang mudanya.” (Hadith riwayat Muslim)
Berkata Syeikh Ali Al-Qari :
(وَلَا يَبْلَى) : بِفَتْحِ اللَّامِ مَعَ التَّذْكِيرِ وَالتَّأْنِيثِ أَيْ: لَا يَخْلَقُ ثِيَابُهُ (وَلَا يَفْنَى) أَيْ لَا يَذْهَبُ (شَبَابُهُ)
Artinya : “Dan tidak binasa pakaian artinya pakaiannya tidak akan menjadi buruk dan tidak hilang mudanya artinya dia sentiasa muda.” (Kitab Mirqah Al-Mafatih)
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.