Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya memiliki aura tersendiri dan sentiasa unggul di hati peminat seni tanah air. Bersandarkan bakat dan peribadi diri yang cukup menyenangkan, tidak hairanlah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mendapat pengiktirafan tertinggi Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.
Tampil anggun dalam persalinan rona pastel, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memanjat kesyukuran dan menyifatkan pengiktirafan tersebut hadir dengan tanggungjawab cukup besar untuk terus menabur bakti dalam industri yang menjadi kecintaannya sejak hampir tiga dekad lalu.
“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.
Terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi atas anugerah ini.
Kredit @ctdk
Kredit @ctdk
Dari hati yang luhur, saya melihat anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seni, namun lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanahair.
Amanah dan kepercayaan ini juga adalah satu tanggungjawab buat saya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman.
Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat. Sayq berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.
Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara,” katanya melalui satu kenyataan media.
Kredit @ctdk
Kredit @ctdk
Kredit @ctdk
Dalam pada itu, penganugerah berkenaan turut mengembalikan ingatan Siti terhadap kata-kata yang pernah diucapkan arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang mengaitkan lagu Bunga Melur dengan keperibadian dirinya.
“Dalam meraikan detik paling manis dan bermakna ini, ingatan saya tertoleh kembali mengingatkan bait-bait kata arwah ayah, Allahyarham Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan saya seperti bunga melur iaitu lagu kegemaran arwah.
“Ibarat gadis desa bunga melur, sederhana… Walau kering tak bercahaya bunga melur… Baumu memikat jiwa…”, ujarnya.
Kredit @ctdk
Kredit @ctdk
View this post on Instagram
Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Pada majlis sama, beliau turut melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.