Tinggal kurang dari 2 bulan mengakhiri tahun ini dan BYD selepas kurang sebulan melancarkan kereta elektrik pelbagai guna BYD M6, hari ini mereka melancarkan kereta elektrik yang diletakkan sebagai produk mercu dari mereka iaitu BYD Sealion 7 dengan dua variasi iaitu BYD Sealion 7 Premium dan BYD Sealion 7 Performance.
Membezakan kedua versi BYD Sealion 7 Premium dan Performance adalah dari segi kepantasan pecutan 0-100km/j, kuasa elektrik maksimum dan tork maksimum, jarak perjalanan dan juga berat serta jenis pacuan namun keduanya mempunyai kapasiti bateri Blade yang sama iaitu 82.kWh dan juga kelajuan maksimum yang sama iaitu 215 km/j. BYD Sealion 7 Premium seberat 2,635 kg dipacu motor elektrik belakang yang mempunyai kuasa maksimum 230kW dan 380 tork maksimum memberikan pecutan 0-100km/j dalam masa 6.7 saat dan mempunyai jarak perjalanan 567 KM NEDC. BYD Sealion 7 Performance pula severat 2,750 kh dipacu motor elektrik hadapan dan belakang yang mempunyai kuasa elektrik maksimum 390 kW dan 690 Nm tork maksimum, memberikan pecutan 0-100km/j sepantas 4.5 saat dan mempunyai jarak perjalanan 542 KM NEDC.
Selain dari itu, kedua-dua versi BYD Sealion 7 mempunyai pengecasan AC 11kW dan pengecasan pantas DC 150 kW yang membolehkan pengecasan 30-80% sepantas 32 minit . Ia turut dilengkapi fungsi V2L, 9 beg udara, kamera 360 darjah, integrasi Apple CarPlay dan Android Auto, paparan 15.6 inci yang boleh berpusing, 12 pembesar suara DYNAUDIO, fungsi pemanduan pintar, tempat duduk disaluti kulit Nappa, bumbung lutcahaya dengan dan bermacam lagi.
Malaysia menjadi antara negara pertama di Asia Pasifik yang menerima BYD Sealion 7 dan bermula hari ini, pembeli terawal akan menerima pengecas dinding dan juga kredit pengecasan RM 800. Bagi pembeli kenderaan BYD terdahulu, mereka turut menawarkan promosi tukar-naiktaraf untuk 11,000 pengguna BYD sedia ada jika mereka ingin menaiktaraf ke BYD Sealion 7. BYD Sealion yang ditawarkan pada 4 pilihan warna ini dijual pada harga RM 183,800 untuk versi Premium, manakala versi Performance akan dijual pada harga RM 199,800.
Turut ditawarkan bersama adalah jaminan kenderaan selama 6 tahun atau 150,000 KM jarak perbatuan, jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan, dan jaminan motor elektrik selama 8 tahun atau 150,000 KM jarak perbatuan. Kesemua ini tertakluk kepada tahun atau jarak perbatuan yang dicapai terlebih dahulu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.