Jennie BLACKPINK Dedah Amalan Sauna Mandian Ais, Bagus Untuk Pemulihan Diri

Tidak dinafikan bahawa Jennie mempunyai kulit wajah idaman ramai remaja di luar sana kerana ia kelihatan sihat dan berseri selalu.

Jadi, apa rahsia Jennie sebenarnya?

Menerusi video Vogue, BLACKPINK Jennie mendedahkan amalan sauna yang dilakukannya untuk pemulihan diri. Jennie menyatakan bahawa dia kerap melakukan sauna setiap kali selepas konsert jelajah.

Mandian ais (cold-plunge) adalah trend di kalangan atlet untuk meningkatkan prestasi dan mempercepatkan pemulihan. Bahkan ia telah menjadi aktiviti tradisional dan biasa bagi kebanyakan budaya, termasuk Korea.

Bukan setakat Jennie, mandian ais telah menjadi ritual penting untuk atlet profesional. Tapi apa manfaat dan kesannya pada tubuh badan?

Dipetik daripada Astro Awani, mandi ais ini sebenarnya adalah melibatkan rendaman dalam air yang sejuk, biasanya suhu sekitar 10-15 darjah Celsius, dan dilakukan selama 10-15 minit sahaja tidak lebih dari itu.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan keradangan dan keletihan otot selepas latihan yang intensif. Kajian Roberts et al. (2020) dalam Journal of Sports Medicine menerangkan, mandi ais boleh membantu mengurangkan kesakitan otot yang tertunda dan mempercepatkan pemulihan otot.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa rendaman dalam air sejuk dapat mengurangkan aliran darah ke kawasan yang direndam, mengurangkan keradangan dan pembengkakan. Apabila tubuh kembali kepada suhu normal, aliran darah akan meningkat, membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk memperbaiki tisu yang rosak. Proses ini dipercayai dapat mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan keletihan otot, serta dapat memberi efek relaksasi.

Namun begitu, terdapat beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan. Bila mandian ais ini sudah ramai yang buat dan menjadi trend, maka ramai juga yang melakukannya dengan cara yang salah dan tidak selamat.

Rendaman dalam air yang sangat sejuk boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang drastik, dan berbahaya jika tidak dilakukan dengan betul. Ini sering terjadi apabila kita gagal memantau dan memastikan suhu mandian ais tersebut perlu berada dalam kadar yang dicadangkan (10-15 darjah Celsius).

Semoga bermanfaat!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply