Bapa Buat Ujian DNA, Sangsi Bila Anak ‘Terlalu Cantik’

Bapa buat ujian DNA, sangsi bila anak ‘terlalu cantik.’  Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Bapa Buat Ujian DNA, Sangsi Bila Anak ‘Terlalu Cantik’

Kecurigaan lelaki itu ternyata benar apabila ujian DNA berkenaan mengesahkan bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan tersebut.

Bagaimanapun punca kejadian itu bukan disebabkan oleh isterinya yang ‘bermain kayu tiga’ sebaliknya anak sebenar mereka tertukar dengan bayi lain.

Selepas DNA itu disahkan, wanita yang dikenali sebagai Hong itu membawa diri bersama anak perempuannya berpindah ke ibu kota, Hanoi.

Kredit foto: Freepik

Tindakan itu memaksa anak perempuannya yang dikenali sebagai Lan berpindah sekolah, yang mana insiden itu secara tidak sengaja mendedahkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku selama ini.

Di sekolah baharu Lan berkenalan dengan seorang kawan perempuan, yang didapati rekod kelahirannya sama dengannya dan dilahirkan di hospital yang sama.

Pada suatu ketika dalam satu majlis hari jadi ibu sebenar kepada Lan terkejut melihat Lan persis dirinya yang sekali lagi meminta ibu Lan membuat ujian DNA.

Sekali lagi, ujian itu mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah bertukar sejak lahir, mungkin disebabkan oleh kesilapan kakitangan hospital.

Kini, kedua-dua keluarga itu kerap menghabiskan masa bersama, tetapi laporan tidak mendedahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Kredit foto (top image): Freepik 

Baca artikel lain juga: Anak Achey Buat Hal Lagi Kali Ini Ikut Ayahnya Solat Jumaat Siap Pakai Tudung Lagi, DNA Pelawak ni

Kajian Sains Membuktikan Sentuhan Penting Untuk Perkembangan Bayi Sehingga Dapat Mengubah DNA Mereka!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply