Beg tangan dan wanita memang tak dapat dipisahkan! Kalau keluar tanpa bawa beg tangan rasa macam ‘something’s missing’. Biasalah wanita semua peralatan nak dibawanya seperti telefon, dompet, alat solek, tisu, pewangi dan sebagainya.
Bukan satu, malah setiap wanita dikatakan memiliki lebih daripada dua beg tangan. Tetapi tahukah anda? Jika mahu bergaya pun, perlukan ilmu. Tak boleh main bedal je, nanti tak kena pula dengan gaya dan penampilan. Di sini Hijabista kongsikan enam cara untuk Hijabi memilih tas tangan yang tepat dengan Stail yang digayakan!
Pelbagai Rekaan, Corak Dan Warna Tas Tangan Bikin ‘Rambang Mata’, Ini Tip Memilihnya!
1. Majlis
Perkara pertama yang hijabi perlu lakukan sewaktu memilih tas tangan adalah, menentukan tas tangan berkenaan perlu di bawa ke majlis yang bagaimana? Ramai yang pandang enteng perkara ini, tetapi pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis adalah sangat penting!
Pilihlah beg tangan yang mempunyai nila elegan dan berkulit lebih lembut ketika mahu menghadiri majlis, terutamanya majlis-majlis rasmi yang berprestij kerana, ia juga bakal menambahkan pesona diri anda.
Tetapi apa yang penting, biarlah ia bersesuaian dengan acara yang dihadiri.
2. Warna
Tidak ramai hijabi yang berani bermain dengan warna dalam pemilihan tas tangan. Hitam, nude dan coklat adalah warna-warna ‘selamat’ kerana paling mudah untuk dipadankan dengan pelbagai baju.
Namun, sekiranya hijabi mahu menyuntik kelainan, boleh beranikan diri bermain dengan warna-warna vibrant dan fun seperti hijau, pink atau warna-warna terang.
Artikel berkaitan: Himpunan 12 Beg Tangan Daripada Emily In Paris Musim 3, Pasti Menjadi Kegilaan Hijabi Tahun 2023
3. Bentuk Badan
Pemilihan stail tas tangan dan juga bentuk fizikal badan seseorang juga perlu dititikberatkan, kerana jika fizikal badan tidak bersesuaian dengan tas tangan yang digayakan anda, pasti gaya anda tidak akan kelihatan menawan.
Jika anda sememangnya seorang yang berfizikal rendah, anda digalakkan menggayakan tas tangan bersaiz kecil atau medium yang tidak terlalu besar sehingga menghalang tubuh anda.
Bagu yang bertubuh tinggi langsing pula, janganlah membawa tas tangan yang terlalu kecil.
Pemilihan tas tangan haruslah sepadan dan bersesuian dengan ketinggian dan saiz tubuh anda.
4. Harga
Kos yang perlu dikeluarkan bagi memiliki tas tangan idaman juga penting, buatlah tas tangan yang dimiliki itu ‘alah membeli menang memakai’, dalam erti kata lain berpada-padalah dalam membeli tas tangan sebagai pelengkap gaya.
Kata orang, bergaya biar ikut kemampuan, kalau diikutkan nafsu wanita, memang ?mahukan tas tangan berjenama terkemuka seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama baharu yang kurang terkenal tetapi mempunyai kualiti setanding produk berjenama mahal!
Antaranya produk-produk tas tangan yang berada di bawah penjenamaan Sift & Pick! yang baharu sahaja menembusi pasaran Malaysia dan melancarkan kedai fizikal mereka dalam negara baru-baru ini.
Sift & Pick Tawarkan Tas Tangan ‘Designer’ Lokal Antarabangsa Terbaik Untuk Anda!
Kalau hijabi dah jelak dengan tas tangan di pasaran Malaysia, dan dambakan kelainan atau tas tangan yang digayakan selebriti K-pop dan Thailand.
Hijabista cadangkan satu tempat paling menarik untuk hijabi shopping pelbagai jenis tas tangan up-to-date dari designer ‘lokal’ luar negara yang hanya boleh didapati di Sift & Pick!
Malah, pelbagai tas tangan yang bakal menepati citarasa sis boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan semuanya cantik-cantik belaka!
Tunggu apa lagi sis? Dah tau cara nak pilih tas tangan dengan aplikasikan tips di atas kan? Jom dapatkan tas tangan idaman hati di kedai fizikal Sift & Pick yang baharu sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu, bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Hargai Staf, Insafamous Syafiqah Aina Borong Handbag Berjenama Khas Buat Semua Stafnya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.