Cara Buat Kuih Lepat Liat Kampung Yang Mudah & Sedap

Pernah makan Kuih Lepat Liat Kampung? Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

RESIPI KUIH LEPAT LIAT KAMPUNG YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung pulut – beli online di sini
200gm gula merah – beli online di sini
100gm gula pasir – beli online di sini
2 sudu cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa putih
Sedikit garam
Minyak lumur daun pisang

CARA MEMBUAT:

1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis.
2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).

3. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam.

4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper.
5. Letak kelapa putih di atas adunan.

6. Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.

Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Seperti Makan Yogurt Strawberry, Buat Sendiri Cocktail Lemak Berkrim

Dessert Mudah Hanya Guna 4 Bahan, Rasanya Sangat Sedap!

Buat Sendiri Ayam Madu Sira, Memang Sedap Menjilat Jari! 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply