Pertarungan Mike Tyson lawan Jake Paul guna peraturan unik

Peminat sukan tinju benar-benar teruja menantikan pertarungan di antara peninju legenda, Mike Tyson, dan bintang meningkat naik, Jake Paul.

Perlawanan pada Sabtu ini pasti akan mencuri tumpuan ramai tetapi ia bukanlah satu pertarungan seperti kebiasaan.

CBS Sports melaporkan bahawa Tyson dan Paul akan bertarung dalam lapan pusingan dua minit, berbeza dengan format tinju profesional lelaki, iaitu dengan 12 pusingan tiga minit.

Biarpun Tyson bukan lagi dalam keadaan fizikal terbaik, perlawanan dengan pusingan lebih pendek  itu dilihat akan membantu peninju berusia 58 tahun berkenaan untuk mendapatkan pemulihan segera.

Selain itu, kedua-dua peninju berkenaan juga tidak akan menggunakan sarung tangan biasa. 

Kebiasaannya, perlawanan heavyweight akan menggunakan sarung tangan 10 auns tetapi kali ini, kedua-dua peninju itu akan menggunakan sarung tangan 14 auns.

Penambahan kusyen dalam sarung tangan itu berbanding sarung tangan lapan dan 10 auns dilihat akan mengurangkan impak tumbukan mereka.

Dan walaupun ia mungkin perlawanan dengan format baru, ia bukan hanya untuk keseronokan. Jabatan Pelesenan dan Peraturan Texas meluluskan permintaan mereka untuk membenarkan pertarungan itu, bermakna pertarungan berlesen akan berlangsung dan akan dimasukkan dalam rekod profesional Tyson dan Paul. 

Ia akan akan menjadi pertarungan pertama Tyson yang diiktiraf pertarungan rasmi sejak 2005, kerana pertarungannya menentang Roy Jones Jr. pada 2020  merupakan perlawanan pertunjukkan. 

 


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply