Penganjuran kesembilan Anugerah Seni Negara (ASN) menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dianugerahkan gelaran Biduanita Negara.
Penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia.
Sempena dengan penerimaan anugerah itu juga, pelantun lagu Biarlah Rashia itu juga telah melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul Sejarah.
Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin lagu itu khas buat peminatnya.
“SN Legacy Sdn. Bhd & Universal Music Sdn. Bhd menerbitkan buah tangan terbaharu, Sejarah.
“Khas buat seluruh peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pencinta muzik di mana sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Sekadar info, Gelaran Biduan dan Biduanita Negara adalah penganugerahan kepada anak seni oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Penyanyi legenda yang pernah menerima gelaran tersebut antaranya Allahyarham Saloma yang dianugerahkan pada tahun 1978, Allahyarham Sharifah Aini (2006), dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.