Emas Anuar STL Champions Cup: Garuda Sepaktakraw tidak mampu tanggung asakan Negeri Sembilan Antlers

Juara bertahan, Negeri Sembilan Antlers, mengunci kemenangan pertama bertemu Garuda Sepaktakraw dalam Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Champions Cup 2024 di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.

Skuad kendalian Shahir Nasruddin mudah menewaskan lawan dari Indonesia itu apabila mencatatkan keputusan positif dalam perlawanan pertama Kumpulan A.

NS Antlers yang dibarisi oleh Haziq Nizam selaku tekong, Zulefendi Sumari sebagai apit kanan dan Hafizul Hayazi yang menjadi apit kiri mudah mendahului set pertama 12-1 sebelum menutup permainan 15-3 untuk mata sulung NS Antlers.

Memasuki set kedua, tiada perubahan ketara dipamerkan oleh kedua-dua pasukan tetapi lawan dari negara jiran itu hampir merapatkan jurang kepada 6-10.

Usaha tersebut tidak mematahkan semangat NS Antlers, malah segera mngakhiri permainan dengan kemenangan straight set 15-8.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply