Pernah tak, dalam usaha nak didik anak, kita sebenarnya tanpa sedar bersikap berat sebelah?
harap mereka ikut semua yang kita cakap, tapi dalam masa sama, kita tak tunjuk contoh yang sama. Kita ajar mereka untuk patuh, tapi kita sendiri melanggar prinsip yang kita tetapkan.
Ikuti perkongsian puan Adlil Rajiah yang menyentuh hati untuk kita muhasabah diri.
Gambar sekadar hiasan
Kita paksa anak habiskan makanan. Tapi kita sendiri berhenti makan bila tak kena dengan selera.
Kita jerit dan paksa anak patuh arahan. Tapi kita sendiri takkan patuh arahan orang yang cakap kasar dan tinggi suara pada kita.
Kita marah dan serabut bila anak tak berhenti menangis. Tapi bila kita sendiri menangis, kita harapkan pelukan dan kata-kata yang menenangkan.
Kita paksa anak berhenti menangis. Tapi kalau ada orang dewasa menangis, kita tahu mereka sedang dalam kesusahan dan perlukan sokongan.
Kita paksa anak peluk, cium, salam semua orang yang dia jumpa. Tapi kita sendiri tak selesa bermesra dengan orang yang kita tak kenal.
Kita pukuI dan hukum sekeras-kerasnya bila anak buat silap. Tapi bila anak orang lain buat silap, kita boleh cakap “Takpe, biasalah tu budak-budak. Sabarlah.”
Kita nak anak jaga adab, jaga perangai, jaga tingkahlaku setiap masa tanpa gagal. Tapi kita sendiri buat perangai, buat silap, dan tak beradab sepanjang masa.
Kita nak anak hormat dan sentiasa dengar cakap. Tapi kita sendiri lupa untuk hormat anak sebagai sebaik-baik ciptaan tuhan dan buat mereka rasa didengari.
Tanpa sedar,
kita tak bertindak adil pada anak.
Kita tak beri emotional rights yang sama kepada mereka,
sepertimana yang kita sendiri perlukan.
Sometimes,
We talk too much, but never listen.
We expect too much, but never become.
We demand too much, but never give the same thing.
Kita tetapkan syarat dan peraturan yang langsung tak realistik
Lepas tu kita hairan kenapalahhh anak aku ni selalu stress, memberontak, suka “buat masalah”.
Kita tak sedar,
kita tak pernah layan mereka sebagai manusia selayaknya.
Kredit: Adlil Rajiah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.